ILMU MENGENAL DIRI
Mengenal Diri - Mengenal Allah, IMD, Rahsia Allah
Mengapa Harus Mengenal Diri Sebenar Diri.
Kesimpulannya.
Yang
dikatakan "Diri" ini berada di dalam Jasad Kasar kita, dan dialah
penghidup jasad di luar. Ada yang memanggil Rohani kepada nya, dan ada
lagi macam macam nama untuk nya, tapi bagi kami cukup dengan memanggil
nya "Diri"
"Diri" ini datang nya dari Allah dan menjadi Rahsia nya dan bukan kah kerana Diri ini maka Jasad di ciptakan??
Kenali
lah Diri Mu itu kerana dengan mengenal nya dan berpegang pada nya
dengan sendirinya kita telah mempunyai itu pendirian.yang kukuh
berasaskan Diri Sebenar Diri. Berkeyakinan dan akan bertambah keimanan
kita kepada Allah Yang Maha Besar, dengan zikir dan mengucap dua kalimah
shahadat itu akan menjadi pakaian kita.....insyaallah.
Dengan
mengenal Diri Ini dan yang akan kita bawa dalam kehidupan kita,
insyaallah seumpama kata orang orang tua, Dunia diikut, Akhirat di
tuntut.
"Diri" ini mempunyai sifat sifat:
-
Firasat nya amat tinggi.
-
Ilmu nya tak tercapai oleh pemikiran kita.
-
Perbuatan nya di luar jangkaan akal kita.
-
Ia nya bijak kerana datang dari yang Maha Bijak .
-
Kata kata nya beriman.
-
Baik nya bukan kepalang.
-
Bila marah ianya marah marahan.
- Padanya ada ubat
- Padanya ada ketenangan
- Padanya ada kekuatan
Mengenal
"Diri" ialah dengan merasai karen tersebut dan pancaran nya. dan jika
kita mahu kita boleh mengarahkan ia nya berbuat sesuatu dengan kemahuan
yang sungguh sungguh.
Tapi
yang utama dalam ilmu ini ialah mendapatkan KEREDHAAN ALLAH dengan cara
mengenalnya....bukan kah mengenal diri mengenal Allah......Dan tidak
dapat dinafikan Pancaran Roh ialah "Diri" dan kedua kedua ini berasal
dari sana dan ini lah Rahsia nya.......Rahsia Allah.
Kata kata Peninggalan guru ku
KATA BERMULA
Anak anak ku sekelian
1. Ketahuilah
oleh mu, resapkan kedadamu, bahawa di bumi Tuhan engkau berpijak dan di
bawah lindongan yang Maha Besar engkau berdiri, adalah engkau hidup dan
di hidupkan. Dari itu sembahlah Dia, Allah yang Maha Esa dan
pohonkanlah segala galanya kepadanya.
2. Engkau
menjadi orang melalui ibu bapa mu, kalau tidak ada ibu dan bapa mu
tentu engkau tak akan menjadi manusia, kerana ibu bapa mu manusia. Dari
itu sujudlah dan hormatilah dia sedalam dalamnya dan jangan durhaka
kepadanya.
3. Engkau dilahirkan melalui ibumu dan jadilah engkau menjadi anak kandungnya,
Dan dibidang Ilmu Pengetahuan ku, adalah engkau anak ku pula dan adalah aku gurumu, walaupun engkau memanggilkan bapa pada ku.
Sebagai
seorang manusia engkau dilahirkan oleh ibumu. Kelahiran mu mendatangkan
“Bahagia” pada rasa perasaan ibu bapa mu dan kaum famili mu. Dan di
mana letaknya “Bahagia” mu itu? Engkau membawa bahagia dan
bahagia itu ada pada mu, tetapi dimana letaknya? Letak nya ialah pada
mu, yaitu ditempatnya. Munkinkah letaknya di luar mu? Tidak munkin,
kerana engkau yang membawa nya.
Bahagia
ku letak nya pada ku dan bahagia mu letak nya pada mu, aku mengandung
bahagia dan engkau mengadung bahagia, Untuk merasakan dan mendapatkan
itu bahagia tentu engkau harus melahirkan kandungan mu itu.
Engkau tak tahu. Dalam hal ini , maka aku yang engkau anggap guru mu yang menolong melahirkan kandungan mu itu.
Dan
engkau akan merasa “Bahagia” sepanjang masa, kalau engkau tahu dan
mengerti dan dapat memahami “Bahagia Mu” yang telah dilahirkan itu.
Kesadaran dan pengertian mu yang mendalam dapat menilai dan menghargai Guru Mu sebagai pembimbing mu memecahkan Rahsia "Diri" mu sendiri, menuju hidup sepanjang masa, menjelang hidup yang kekal abadi.
Pelajari
lah segala sesuatu nya dengan sesuatu yang ada pada mu dan jagalah adab
mu terhadap: Ibu bapa mu sesudah itu Guru mu. Dan Istimewa: Terhadap
Tuhan yang mengadakan segala yang ada, yang menjadikan segala yang di
jadikan, Yang mengetahui yang tidak di ketahui oleh apa dan siapa saja,
sembahlah Dia dan carilah rahsianya yang terkandung di Badan "Diri" mu,
untuk mengenalnya dengan erti yang sebenarnya.
Rabbigefir warham waanta khirurrrahimin……………………………………………………..
“Hai Tuhan ku, ampuni laUh kesalantuk han ku kasehanilah aku, engkau sebaik baik yang mengasehi”
(Bapak Baginda Mukhtar)
Untuk mempelajarinya hubungi saya di 0182420552
OsmanHadi
s Pinggiran Batu Caves
Selangor Darul Ehsan
atau
Zakri......Sg Pusu
0133550908
Kamal.......Greenwood
0123029786
No comments:
Post a Comment