ILMU MENGENAL DIRI
Mengenal Diri - Mengenal Allah, IMD, Rahsia Allah
SEJARAH BAPAK
DR. BAGINDO
MUCHTAR
(BBM)
Muchtar bin Uddin atau lebih dikenali sebagai Bapak
Dr. Bagindo Muchtar, Ph.D. adalah pengasas (founder) Ilmu Mengenal Diri.
Rujukan utama kepada pengetahuan Mengenal Diri yang beliau pelopori terkandung
di dalam buku beliau yang bertajuk 'Diriku Yang Kukenal.' Buku ini adalah tesis
yang melayakkan beliau untuk dianugerahkan ijazah kedoktoran (PhD) oleh St.
Olav Academy, Perancis.
Bapak Dr. Bagindo Muchtar dilahirkan pada tahun 1916 di Pariaman, Padang, Sumatra. Ayahnya seorang dukun yang terkenal di daerah Pariaman dan seperti lain-lain dukun tradisional Melayu, beliau menggunakan serapah jampi dan mantera dalam upacara pengubatannya. Dalam tesisnya Bapak Dr Bagindo Muchtar merakamkan bahawa beliau pernah dijadikan anak angkat "oleh seseorang yang kemasukan untuk mendapat benda atau untuk keperluan sesuatu". Nyatalah bahawa sejak zaman kanak-kanak lagi beliau sudah terdedah kepada suasana mistik dan kebatinan, justeru tidak menghairankan juga jikalau Bapak Dr Bagindo Muchtar ikut tertarik kepada hal-hal kebatinan.

Bapak Dr. Bagindo Muchtar menjadi seorang anak
yatim sejak kecil lagi. Beliau mempunyai bapa tiri (apabila ibunya menikah
lagi) yang menurut beliau sendiri "boleh dikatakan sayang tidak, benci pun
tidak". Ibunya bagaimanapun sangat menyayangi beliau, kerana beliaulah
anak lelaki yang sulung dan kepadanya terletak harapan di hari-hari tuanya.
Bapak Dr Bagindo Muchtar mempunyai seorang adik kandung lelaki dan seorang adik
perempuan dari lain bapa. Pada ketika iktisar ini ditulis, adik perempuannya
tinggal di luar kota Jakarta. Sungguhpun demikian, ibunya yang
dikasihi telah pulang ke Rahmatullah sebelum sempat beliau memenuhi segala
harapan dan cita-citanya.
Pada tahun 1935, iaitu ketika berusia 19 tahun dan
baru tamat sekolah Belanda (IH), beliau telah merantau keluar dari daerah Padang. Destinasi
pertamanya ialah Jambi dan di sana
beliau bekerja sebagai kerani di sebuah syarikat minyak. Peningkatan dalam
bidang pekerjaannya sangat mendadak sehingga dalam tempoh yang singkat ditukar
ke bahagian carigali minyak di tengah hutan belantara Jambi. Sungguhpun begitu,
kiriman wang kepada ibunya saban bulan tidak pernah putus.
Pada tahun 1938 beliau diijabkabulkan dengan anak
pamannya (bapa saudaranya) yang bernama Nurmali Syamsudin dan mereka
dikurniakan tiga orang anak yang kesemuanya perempuan; yang sulung Hajjah Elly
Salam Ghani, Hajjah Mulyati Djonhar yang tengah dan Suryati Muchtar yang
bongsu.
Dari Jambi Bapak Dr. Bagindo Muchtar dan keluarganya berpindah ke Palembang dan bekerja
dengan Bata Shell Petrolium Maskapai (BPM). Setelah kira-kira 20 tahun bekerja
di Palembang,
satu peristiwa aneh telah berlaku ke atas dirinya; ada suara menyuruh beliau
berhenti kerja. Suara itu berturut-turut datangnya hingga ke beberapa hari,
lantas menimbulkan tanda tanya, apa maksud kesemua ini?
Kejadian
aneh itu direnung, ditenung dan ditimbang, sehingga beliau memutuskan
untuk berhenti kerja. Kali pertama beliau menemui majikannya untuk minta
berhenti kerja, permohonannya ditolak begitu sahaja dengan alasan bahawa
tenaganya masih diperlukan. Dicuba lagi kali kedua, namum ditolak juga
dengan
alasan yang sama. Sampai satu ketika beliau memperolehi akal untuk
mendapatkan surat doctor bagi
‘mengesahkan’ bahawa beliau sakit dan tidak boleh berkerja lagi. Dengan
surat pengesahan itu,
permohonan beliau untuk berhenti kerja diterima dan diberi pula ganjaran
(gratuity) yang agak lumayan oleh majikannya. Dengan wang ganjaran
berkenaan
beliau bersama keluarganya pindah ke Jakarta
dengan tujuan untuk membeli sebuah rumah dan dengan wang selebihnya pula
beliau
mahu berdagang. Beliau mendapati bahawa kota Jakarta tidak sesuai
baginya, lalu terus ke Bogor. Bogor memikat hatinya, apa lagi dengan
suasananya yang aman, udaranya yang nyaman dan tenteram pula. Cita-cita
membeli
sebuah rumah untuk keluarganya tercapai di Bogor. Meskipun baki wang
ganjaran itu tidak
banyak, beliau masih boleh jadikan wang untuk berdagang.
Kehendak dari kita, namun ketentuan hanya dari Tuhan. Di Bogor beliau
menghadapi cubaan yang sangat berat, iaitu apabila isterinya (Ibu Nurmila
Syamsudin) jatuh sakit dan kemudian meninggal dunia “akibat dari buatan ahli
keluarga isterinya sendiri dengan dibantu oleh seorang dukun; katanya mengubat
akan tetapi kenyataanya tambah memperdalamkan penyakitnya”. Isteri dikasihi dan
dicintainya, yang banyak tahu dan mengerti padanya, dan yang telah bergaul sebagai
suami isteri kira-kira 17 tahun, dengan suka duka mereka lalui bersama,
meninggal pada hari Isnin 27 Februari 1955. Dicatatkan oleh Bapak Dr. Bagindo
Muchtar bahawa sebenarnya rencana dari pihak ahli isterinya itu adalah terhadap
badan dirinya dengan tujuan untuk dapat menguasai apa yang ada padanya. Mereka
mengsyaki beliau memiliki banyak harta simpanan seperti emas dan sebagainya.
Namun begitulah, beliau sendiri yang dituju, isteri tercinta pula yang jadi
mangsa tak berdosa.
Setelah isterinya meninggal, timbul pula tuduhan terhadap dirinya bahawa beliau
adalah punca isterinya jatuh sakit dan meninggal dunia. Malah diperkatakan pula
bahawa beliau sendiri membunuh isterinya. Keterangan-keterangan daripadanya
tidak diendahkan oleh masyarakat sekeliling, bahkan adik kandungnya sendiri
tidak memihak kepadanya. Dalam thesis Bapak Dr. Bagindo Muchtar mencatatkan “…
kerana telah terlebih dulu dikuasai dan dipengaruhi oleh pihak dukun dan ahli
keluarga isterinya.” Tambah Bapak lagi “… beliau dihukum tanpa diadili, tidak
bersalah dikatakan bersalah, kemerdekaan dirampas dan harta-benda yang tak
seberapa dikuasai pula.”
Tubuhnya pada waktu itu sangat letih dan lemah kerana menghadapi peristiwa yang berlaku terhadap badan dirinya dan isterinya; berjaga-jaga siang dan malam, menangkis segala macam serangan yang datang. Dikala itu beliau berasa seolah-olah ada yang mendampinginya, iaitu yang ghaib melindunginya untuk bisa bertahan bagi menghindar hal-hal yang tidak baik terhadap badan dirinya. Malah dikala itu juga, beliau berasa hubungannya dengan Tuhan sungguh dekat, kerana ingatan serta pasrah semata-mata kepada-Nya. Pada waktu itu beliau hanya bertekad mahu menuntut keadilan. Namun keadilan itu tidak mungkin diperolehi dari masyarakat. Beliau tidak mengadu hal yang berlaku kepada pihak polis, kerana semua hal tidak mempunyai bukti yang nyata. Justeru, beliau bertekad mencari Tuhan semata-mata hendak menemui-Nya untuk memohon keadilan. Hanya itulah tujuannya waktu itu; menemui Tuhan untuk minta diadili, memohon keadilan semata-mata.
Sesudah selesai sembahyang maghrib pada satu malam
Jumaat, beliau menadah tangan memohon keadilan kepada Allah s.w.t. Itulah
usahanya memohon keadilan, seperti yang sudah sekian lama dilakukannya; berdoa
kepada Tuhan semata-mata. Namun pada malam Jumaat itu, dia berasa tangannya
seperti dikuasai oleh sesuatu denyut rasa yang aneh lalu kedua-dua belah
tangannya bergerak, bergerak, bergerak dan bergerak. Beliau tidak dapat
menguasai (control) pergerakan itu, lalu dituruti pergerakan tangannya, sambil
melafazkan “Lailaha il-Allah” dengan penuh kehairanan. Kejadian yang sama
berulang-ulang pada malam kedua dan ketiga, malah beliau mula bercakap
sendirian ketika ‘bergerak’. Dan beliau menyedari bahawa tenaganya mulai pulih,
kesihatannya semakin baik dan fikirannya semakin mantap. Apabila beliau dapati
surat-surat penting seperti hakmilik rumah, barang-barang perhiasan, pakaian
dan lain-lain barang berharga sudah tiada di almari, beliau mulai bertindak.
Dengan perantaraan seorang sahabatnya, beliau minta disampaikan supaya kesemua
barang-barang miliknya dikembalikan dalam waktu yang singkat. Malah beliau
memberi amaran jikalau itu gagal dilakukan, beliau akan membawa persoalan ini
kepada pihak polis. Alhamdulillah. Pihak yang ‘memindahkan’ barang-barang
berkenaan dari orang-orang tertentu telah bertindak memulangkan, meskipun tidak
kesemuanya. Namun, perasaan tidak puas masih menyelubungi hatinya yang mahu
kepastian dari seseorang yang lebih tahu mengenai peristiwa yang telah beliau
hadapi; iaitu siapa yang benar dan siapa pula yang bersalah.
Tubuhnya pada waktu itu sangat letih dan lemah kerana menghadapi peristiwa yang berlaku terhadap badan dirinya dan isterinya; berjaga-jaga siang dan malam, menangkis segala macam serangan yang datang. Dikala itu beliau berasa seolah-olah ada yang mendampinginya, iaitu yang ghaib melindunginya untuk bisa bertahan bagi menghindar hal-hal yang tidak baik terhadap badan dirinya. Malah dikala itu juga, beliau berasa hubungannya dengan Tuhan sungguh dekat, kerana ingatan serta pasrah semata-mata kepada-Nya. Pada waktu itu beliau hanya bertekad mahu menuntut keadilan. Namun keadilan itu tidak mungkin diperolehi dari masyarakat. Beliau tidak mengadu hal yang berlaku kepada pihak polis, kerana semua hal tidak mempunyai bukti yang nyata. Justeru, beliau bertekad mencari Tuhan semata-mata hendak menemui-Nya untuk memohon keadilan. Hanya itulah tujuannya waktu itu; menemui Tuhan untuk minta diadili, memohon keadilan semata-mata.
Seorang jiran menganjurkan supaya beliau menemui seorang ulama besar di Jawa
Barat, yang sering didatangi orang dan pembesar-pembesar, pun tidak ketinggalan
alim ulama dan konon khabarnya satu-satunya ahli falak yang terpandai dan
ternama di Indonesia.
Beliau diberitahu oleh ulama berkenaan bahawa dalam perkara itu memanglah
beliau di pihak yang benar dan pihak yang melakukan kerja jahat (dalam kes
almarhum isterinya) adalah ahlinya sendiri.
Sejak itu mulailah ada ketenangan dalam hatinya, namun rasa ingin membuktikan kebenarannya tatap masih terkesan dihatinya. Bersama anak-anaknya beliau pulang ke kampung halaman iaitu di Pariaman, Padang. Namun puteri-puterinya yang masih kecil sering pula bertanyakan mengenai ibu mereka. Bapak Dr. Bagindo Muchtar tidak sampai hati mendengar pertanyaan-pertanyaan anak-anaknya yang masih kecil, lalu memutuskan untuk menikah lagi iaitu dengan Ibu Hajjah Hasnah. Ibu Hasnah bagaimanapun tidak mempunyai anak dengan Bapak Dr. Bagindo Muchtar.

Sesudah sebulan bernikah, Bapak Dr. Bagindo Muchtar mengambil keputusan untuk
merantau bersama-sama dengan Ibu Hajjah Hasnah dan ketiga-tiga orang puterinya.
Kali ini mereka sekeluarga pergi ke Jambi. Di Jambi, Bapak bekerja disebuah
syarikat carigali minyak. Seorang teman sejawatnya telah meminta pertolongan
Bapak untuk mengubat isterinya yang sakit sudah hampir dua tahun lamanya;
sakitnya akibat perbuatan jahat. Pada temannya itu dia melihat kembali
peristiwa yang pernah dialaminya sendiri. Beliau berasa sedih lalu memberi
pertolongan kepada isteri temannya. Sesudah satu bulan, dengan izin Allah,
isteri temannya kembali pulih seperti biasa. Beliau bagaimanapun menasihati
temannya supaya meninggalkan Jambi, kerana temannya punya banyak musuh di
Jambi. Justeru menghindar adalah lebih baik, Bapak sekeluarga dan temannya itu
berpindah ke Medan.
Di Medan temannya tinggal di rumah keluarganya sendiri, sementara Bapak
sekeluarga pula tinggal di rumah keluarganya sendiri.
Di Medan, nama beliau mulai disebut-sebut orang, khususnya dalam bidang tolong-menolong, sosial atau di bidang perubatan. Tidak berapa lama di Medan, peristiwa ghaib yang beliau alami semasa di Bogor sewaktu isterinya baru meninggal dialami kembali. Beliau mulai bercakap-cakap bersendirian dan tidak mahu makan, malah minum kopi hanya seteguk sahaja. Apa yang diperlakukan orang terhadap badan dirinya diceritakan kesemuanya, sampai keluarganya di Medan menganggap beliau sudah tidak siuman lagi. Namun, kejadian-kejadian pelik itu juga menyebabkan beliau mula dikenal oleh bomoh-bomoh, pawang-pawang, orang-orang kebatinan dan sebagainya. Tidak kurang juga ada yang mencuba atau menguji dengan ilmu atau kepandaian masing-masing. Tetapi Alhamdulillah, dengan izin Allah, cubaan, ujian atau dugaan mereka tidak menjejaskan, malah ‘tenaga ghaib’ anugerah Allah itu dapat diketahuinya dengan lebih mendalam. Namanya terus jadi sebutan masyarakat sekeliling, malah mereka tidak lagi mendatangi bomoh atau pawang di daerah itu. Sebaliknya mereka datang kepada beliau. Hal ini tentulah menimbulkan rasa tidak senang dan iri hati bomoh dan pawang di daerah itu terhadapnya.

Bapak Dr. Bagindo Muchtar bagaimanapun tidak duduk
di rumah sahaja, tetapi mengembara dari satu daerah ke satu daerah di seluruh
pulau Sumatera; ke Palembang, Siantar, Tebing Tinggi, Pelabuhan Miri, malah ke
seluruh daerah atau jajahannya. Apabila kembali ke Medan, beliau melapangkan masa menemui
orang-orang yang datang meminta tolong, sementara pada malam harinya pula
dikhaskan untuk membimbing, memberi kuliah, berjalan bersama-sama dengan
murid-muridnya. Sejak itu beliau dikenali di Medan sebagai ahli sarjana atau ahli ilmu
tasawuf.
Setelah dua tahun di Medan beliau sekeluarga berpindah ke Padang. Kira-kira dua bulan di Padang, beliau pindah pula ke Palembang. Disana beliau terus mengajar dan memberi pimpinan kepada orang-orang yang berminat dengan ilmunya. Di sinilah (kira-kira tahun 1958) beliau mula menulis/mengarang bukunya ‘Diriku Yang Kukenal.’ (Penulisan buku ini tamat kira-kira 10 atau 11 tahun kemudian dan dikemukakan ke St. Olav’s Academy, Perancis, sebagai tesis untuk melayakkannya memperolehi ijazah ‘Doctor of Philosophy’ yang diterimanya pada hari sabtu 12 Jun 1971)
Beliau masuk ke Singapura pada tahun 1960 dengan perantara Nasir Adnin dan pada kali keduanya ke Singapura beliau bersama Nasir masuk ke Malaysia (Tanah Melayu) melalui Johor Bahru dan kemudian terus ke Melaka, Kuala Lumpur dan lain-lain. Apabila berlaku konfrantasi Malaysia-Indonesia pada tahun 1963, beliau yang ketika itu berada di Malaysia terpaksa balik ke Indonesia bersama Nasir melalui jalan darat dari Sabak Bernam ke Kelantan, Golok, Narathiwat dan terus ke Bangkok. Dari Bangkok mereka menaiki kapal membawa beras ke Jakarta.
Apabila konfrantasi berakhir pada tahun 1966, beliau bersama Nasir datang semula ke Singapura dan Malaysia. Sejak itu Bapak semakin kerap datang ke kedua-dua negara berkenaan secara bersendirian. Namun, pada pertengahan 1971, beliau dilarang masuk ke Singapura. Beberapa orang ‘anak didik’ Bapak Dr. Bagindo Muchtar sendiri dikatakan telah membuat laporan yang menyebabkan pihak Imigresen mengambil ketetapan untuk melarang kemasukan beliau ke negara berkenaan.

Pada tahun 1972, beliau sekeluarga pindah ke Jakarta
dan sering berulang-alik ke Malaysia,
apatahlagi semasa suami kepada anak yang sulung, Haji Salam Ghani berkhidmat di
Kedutaan Indonesia di Kuala Lumpur. Pada tahun 1973, iaitu ketika dalam siri
lawatan ke Malaysia dan
sewaktu mahu berangkat pulang ke Jakarta,
beliau mengalami muntah darah. Keberangkatan pulang dibatalkan dan beliau
dimasukkan ke Hospital Besar Kuala Lumpur oleh anak dan menantunya Haji Salam
Ghani. Beliau kemudian dipindahkan dari rumah Hospital Besar Kuala Lumpur ke
Hospital Lady Templer, Cheras. Beliau tinggal di hospital berkenaan selama dua
bulan. Walaupun dibenarkan pulang ke Indonesia, beliau sering datang ke Kuala
Lumpur untuk mengambil ubat dan menemui orang-orang kepercayaannya iaitu Haji
Kamarudin Amin, Haji Jamil Samad, Mejar (B) Haji Abdul Rahman Ibrahim.
Pada tahun 1975, beliau ke Malaysia
dalam rencana lawatan selama dua bulan. Namun baru sebulan sahaja berada di Malaysia, beliau mengambil keputusan untuk
kembali ke Jakarta.
Sekembalinya dari lawatan itu, beliau jatuh sakit, tetapi masih berhasrat untuk
ke Malaysia
semula. Pada malam hari raya Aidilfitri beliau mulai payah bernafas dan pada
keesokkan harinya dimasukkan ke rumah sakit. Beliau ditempatkan di wad jantung
selama dua hari. Pada hari Jumaat 10 Oktober (jam 04.00 pagi waktu Jakarta),
dihadapan isteri keduanya Ibu Hajjah Hasnah, ketiga-tiga puterinya, menantunya
Haji Abdul Salam Ghani dan seorang anak didiknya bernama Ibu Yasmimar Alwi,
Bapak Dr. Bagindo Muchtar pulang ke Rahmatullah.
Biodata ini dipetik dari Koleksi Kuliah Edisi 2003
Pulau Pinang oleh Mejar (B) Haji Abdul
Rahman Ibrahim (Allahyarham)
No comments:
Post a Comment