Saturday, November 16, 2013

Tanda-Tanda Kiamat Kecil

Ibnu Abbas menceritakan, ketika haji Wada, Rasulullah s.a.w memegang pintu Kaabah, kemudian menghadapkan wajahnya kepada orang ramai. Lalu berkata kepada mereka:

"Wahai sekalain orang Islam, antara tanda-tanda kiamat ialah solat tidak lagi didirikan, kehendak syahwat diikut, para pemimpin mengkhianati dan para menteri pula melakukan perbuatan fasik."

Tiba-tiba, Salman Al-Farisi bangun kearah Baginda dan berkata, "Demi ayah dan ibuku sebagai tebusan wahai Rasulullah, apakah perkara tersebut benar-benar akan berlaku."

Rasulullah s.a.w. menjawab, "Benar wahai Salman. Ketika itu kemungkaran dianggap sebagai perbuatan yang baik, sedangkan perbuatan yang baik dianggap sebagai kemungkaran."

"Apakah perkara seperti itu benar-benar akan berlaku?" Salman bertanya lagi.

Rasulullah s.a.w menjelaskan, "Benar wahai Salman. Ketika itu hati orang Islam larut di dalam badannyaseperti garam yang larut di dalam air. Ini kerana, dia melihat kemungkaran tetapi  tidak sanggup mengubahnya."

" Apakah perkara seperti itu benar-benar akan berlaku?" tanya Salman

"Benar wahai Salman," Rasulullah s.a.w. menjawab,

"Orang paling mulia ialah orang beriman yang berjalan di tengah golongan manusia dalam keadaan takut, sekiranya dia berbicara, mereka akan memakannya, dan jika dia berbicara, dia akan mati kerana kemarahan di dalam dirinya. Wahai Salman, satu bangsa itu tidak akan menjadi mulia sekiranya golongan yang kuat memakan yang lemah."

"Apakah perkara seperti itu benar-benar akan berlaku?" tanya Salman.

"Benar wahai Salman. Ketika itu, hujan jarang turun, anak sangat dibenci, orang hina berada di mana-mana dan orang mulia pula sangat sukar ditemui,"

Rasulullah s.a.w menjelaskan.

"Apakah perkara seperti itu benar-benar akan berlaku?" tanya Salman.


"Benar wahai Salman. Ketika itu orang kaya disanjung tinggi, agama dijual dengan dunia, kesenangan dunia dicari melalui amalan akhirat, lelaki dan wanita melakukan hubungan dan wanita juga melakukan hubungan bersama wanita. Mereka adalah sebahagian umat saya yang mendapat laknat Allah. Wahai Salman, ketika itu, umat saya disusuli oleh bangsa lain yang tubuh mereka manusia, tetapi hati mereka adalah hati syaitan. Sekiranya umat saya bersuara , mereka dibunuh, dan sekiranya diam, darah mereka dihalalkan. Mereka tidak menyayangi anak kecil dan tidak menghormati orang tua."

"Alangkah buruk perbuatan mereka. Ahli keluarga dikasari. Hukum mereka boleh dibicarakan. Wanita diangkat menjadi pemimpin. Mereka meminta pendapat daripada kanak-kanak. Anak kecil dipuja. Mempunyai ramai tentera. Orang lelaki menggunakan emas sebagai perhiasan dan mereka mengamalkan zina. Ramai penyanyi wanita muncul. Al-Quran dilagukan bacaannya. Orang hina lebih kerap diminta bercakap."

Salman berkata, " Demi ayah dan ibu saya sebagai tebusan wahai Rasulullah, apa yang dimaksudkan orang hina lebih kerap disuruh bercakap?"

Rasulullah menjawab,"Dia membicarakan masalah secara umum, yang sebelumnya tidak pernah dibicarakan."

"Apakah perkara seperti itu benar-benar akan berlaku?" tanya Salman.

Rasulullah s.a.w menjawab,"Benar wahai Salman. Pada masa itu, masjid-masjid dihiasi dengan beraneka perhiasan seperti gereja dan biara yang dihiasi dengan pelbagai hiasan. Mushaf Al-Quran dihiasi dengan emas, mimbar-mimbar dibuat dengan begitu lebar. Terdapat banyak saf jemaah, tetapi hati manusia saling berjauhan. Perkataan mereka juga pelbagai macam. Siapa yang mendapat kurniaan, dia bersyukur, sedangkan yang tidak beroleh apa-apa menjadi kufur."

"Apakah perkara seperti itu benar-benar akan berlaku?" tanya Salman.

Rasulullah s.a.w menjawab,"Benar wahai Salman. Pada masa itu, isteri bersekutu dengan suami dalam urusan suami. Seorang anak menderhakai bapanya tetapi berbuat baik kepada sahabatnya. Mereka memakai kulit biri-biri di atas hati serigala. Ulama mereka lebih buruk daripada bangkai."

"Apakah perkara seperti itu benar-benar akan berlaku?" tanya Salman.

Rasulullah s.a.w menjawab,"Benar wahai Salman. Pada masa tersebut, ibadah mereka hanya dengan membaca lafaz-lafaz ibadah yang tidak mereka fahami kandungannya. Mereka disebut sebagai orang yang kotor oleh kerajaan langit dan bumi."

"Apakah perkara seperti itu benar-benar akan berlaku?" tanya Salman.

Rasulullag s.a.w menjawab, "Benar wahai Salman. Pada masa itu, kitab Allah dijadikan nyanyian. Kitab Allah diletakkan pada punggung mereka. Mereka tidak menegakkan hukum yang ditetapkan Allah dan mematikan sunnah saya. Mereka menghidupkan amalan bidaah. Tidak menyuruh orang lain berbuat baik dan menghalang kemungkaran. Ketika itu, anak-anak kecil. Anak kecil melamar seperti melamar wanita. Pasar-pasar makin banyak."

"Apakah perkara itu benar-benar akan berlaku?" tanya Salman.

Rasulullah s.a.w menjawab," Sekiranya masing-masing berkata,'Aku tidak menjual dan aku tidak membeli.' Sedangkan tidak ada yang memberikan rezeki melainkan Allah. Pada masa tersebut, orang yang berkuasa adalah mereka jahat merampas hak orang ramai dan menakut-nakutkan mereka. Engkau akan melihat ramai orang mengeletar ketakutan."

"Ketika itu, ibadah haji dibesar-besarkan. Orang terkenal  menunaikan haji kerana hawa nafsu. Golongan menengah pula kerana mahu berniaga. Orang miskin pula menunaikan haji kerana mahu berbangga dan mendapat gelaran."

"Apakah perkara seperti itu benar-benar akan berlaku?" tanya Salman.

Rasulullah s.a.w menjawab,"Benar wahai Salman."

(Muhyiddin AI-Araby, Muhadharat Al-Abrer dan An-Nabhany, Hujjatullah Alal-Alamin)


Khutbah 25 :Tanda-Tanda Kiamat Kecil
Judul : KHUTBAH RASULULLAH, Wasiat Agung Buat Umat Tercinta.
Penulis : Rohidzir Rais

MENGENAL DIRI MENGENAL ALLAH

Jalan Makrifat: Mengenal Diri

Setengah daripada jalan mencapai makrifat itu ialah dengan mengenal diri seperti kata seorang sahabat Rasulullah SAW., Yahya bin Muaz Al-Razi ;
"Barangsiapa mengenal dirinya maka sesungguhnya mengenal ia akan Tuhannya".
Yahya bin Muaz mengambil faham daripada perkataan Nabi SAW. daripada pertanyaan seorang sahabat;
"Siapakah yang lebih mengenali TuhanNya, ya Rasulullah? Maka sabdanya yang lebih mengenal mereka dengan dirinya."
Ada pun mengenal diri itu tiga[3] macam iaitu;
  • Periksa dan memahami.
  • Membuat bandingan dan ukuran.
  • Lemah dan tertegah.
Bangun an
Bangun an

1. Periksa dan memahami.
Hendaklah dimusyahadahkan akan kejadian diri kita kepada dua pandangan iaitu;
a. Pandangan yang pertama kepada diri zhohir yang dijadikan akan dia daripada emapat anasir iaitu;
  • Api
  • Angin
  • Air dan
  • Tanah.
yang bermula daripada kejadian lembaga Nabi Adam ‘Alaihi-Salam. Setelah sempurna lembaga Adam maka dimasukkan ruh ke dalamnya lalu hidup ia bernyawa, bergerak, melihat, mendengar, dan sebagainya seperti firman Allah dalam Surah Al-Shod; 71-72 yang bermaksud;
"Ingat olehmu hai Muhammad ketika firman oleh Tuhan kamu bagi malaikatNya bahawa Aku jadikan manusia daripada pati tanah maka apabila aku sempurnakan dia dan aku masukkan ke dalamnya ruhKu, maka sekelian malaikat duduk dan sujud baginya".
Demikian juga dijadikan seorang perempuan yang bernama Hawa iaitu daripada jenis Adam juga seperti firmanNya dalam Surah An-Nisa’:1 yang bermaksud;
"Hai sekelian manusia, takutlah kepada Tuhanmu yang menjadikan kamu dari diri yang satu dan menjadikan isteri daripadaNya. dan daripada keduanya berkembang biak laki-laki dan perempuan yang banyak."
Ini bermakna, daripada Adam dan Hawa dijadikan akan segala keturunan melalui setitik air mani(Nutfah) yang dikandungkan di dalam rahim ibunya selama 40 hari kemudian dijadikan seketul daging (Mudghoh) kemudian pecah berupa berbagai; suatu bentuk lembaga manusia seperti firman Allah dalam Surah Al-Mukminun;14 yang bermaksud;
"Sesungguhnya telah Kami jadikan manusia daripada pati berasal daripada tanah kemudian Kami jadikan akan pati tanah itu air mani yang disimpan dalam tempat yang kukuh(rahim), kemudian air mani itu Kami jadikan segumpal darah; maka segumpal darah itu kami jadikan tulang; maka Kami bungkuskan tulang itu dengan daging kemudian jadikan itu makhluk yang berbentuk lain; maka Mahasuci Allah ialah Pencipta yang paling baik".
Kemudian apabila sempurna kandungan yang ghalib sembilan bulan lalu keluar dari perut ibunya berupa manusia yang lemah(bayi) kemudian beransur-ansur sedikit demi sedikit bertambah subur dan kuat yang lengkap dengan pancaindera yang lima iaitu;
  • Penjamah,
  • Perasa,
  • Pendengar,
  • Pelihat,
  • Pencium.
Akhirnya menjadi seorang manusia yang gagah kuat yang mempunyai pancaindera batin yang lima iaitu;
  • Khowatir,
  • Cita,
  • Niat,
  • 'Alim,
  • Fikir;
dan sempurnalah sepuluh pancaindera yang dinamakan INSAN.

Diri
Diri


b. Pandangan yang kedua kepada diri yang batin yang digelarkan nyawa atau Ruh yang telah diberikan nama oleh Arif bil-Lah dengan bermacam-macam nama. Setengah daripadanya menamakannya;
  • Syaiun Zat-tiah pada tatkala memandang pada Martabat Wahdah dimusyahadahkan pertama-tama nyata dalam Ilmu Allah itu Ruh Nabi Muhammad SAW. Daripada pancar benderang Israk Nur Muhammad itu zhohirlah sekelian alam dan segala yang benyawa. Setengah daripada Arif bil-Lah menamakan dia sebagai;
  • Alam Ma'ani iaitu tanda yang tersembunyi sungguh kuat nyata dalm Ilmu Allah tetapi tiada ia maujud. Ia tersembunyi dalam Wahdatul Wujud melainkan ibarat jua yang maujud pada keesaan diri Hak Allah Taala. Setengah Arif bil-Lah menamakanya sebagai;
  • Alam Laahut ertinya tanda kenyataan Zat dan setengah Arif bil-Lah menamakannya sebagai;
  • Alam Jabarut tatkala nyata ia pada martabat Wahdiah ertinya tanda kebesaran Zat dan sifatNya dan Af’alNya dan setengah daripada mereka menamakan sebagai;
  • A'yan Saabitah ertinya kenyataan yang amat teguh dan setengahnya menamakannya sebagai;
  • Alam Asror ertinya tanda menerima Asror(rahsia) Allah kerana ia tempat nyata Hak Taala.
  • Maka tatkala sudah menjadikan Allah Taala nyawa ; maka menjadi Ia akan Alam Arwah dan maujud ia dengan Qudrat Allah dan Iradatnya. Maka dinamakan dia Alam Malakut ertinya tanda milik yakni tiada sekali terlepas daripada Ampunya Milik. Ini dinamakan juga A'yan Khorijah kerana sudah zohir wujudnya menerima asar(bekas/sesuatu yang dijadikan) dan hukum Zat Lawazim yang nyata ibaratnya dan syaratnya kepada Martabat Wahdah dan Wahdiah kerana A'yang Khorijah itu A'yan Saabitah dan A'yan Saabitah itu yang menerima zhohir Sifat Allah dan Asma Allah dan A’yan Khorijah dan Alam Malakut ialah sekelian alam sama ada Alam Kabir(Besar) atau Alam Shoghir(Kecil).Dan setengahnya menamakannya;
  • Ruh Idhofi kerana lengkap pada tubuh yang menggerak dan mendiam dan sebagainya. Setengah daripada mereka menamakannya sebagai;
  • Ruh Al-Qudus kerana ia suci daripada merasai mati dan daripada segala kecelaan dan sebagainya dan setengah daripada mereka menamakannya sebagai;
  • Ruh Al-Amri kerana ia menerima perintah Allah memerintah tubuh. Setengah daripada mereka menamakannya pula sebagai;
  • Ruh Al-Amin kerana ia menerima firman Allah yang datang pada hati hamba yang yakin akan Hak Taala. Setengah daripada mereka menamakannya sebagai;
  • Khotir ertinya gerak hati. Dan khotir itu ada empat macam iaitu;
  •  
    • Khotir Rahmaani iaitu apabila ia sentiasa berhadap dan musyahadah kehadirat Allah Taala; tidak memikirkan akan MaasyiwaLah(sesuatu yang lain daripada Allah).
    • Khotir Malaki iaitu apabila bertukar arah dan bergilir ganti. Kadang-kadang berhadap dan bermusyahadah ke Hadirat Allah Taala dan kadang-kadang sesuatu yang lain daripada Allah.
    • Khotir Nafsaani iaitu sentiasa berhadap kepada kegemaran dan kelazatan dunia dan kemegahan dan kemulian yang bergelumbang dengan Ajib, Riya’, Takbur, Suma’ah dan lain-lain lagi daripada segala sifat-sifat mazmumah.
    • Khotir Syathooni iaitu sentiasa gemar kepada pekerjaan yang derhaka dan jauh daripada berbakti dan beribadat.
Maka adalah sekelian itu daripada kelakuan Ruh pada badan yang datang sekelian itu daripada Feil (Kelakuan) yang Hakiki. Setengah daripada mereka menamakannya sebagai;
  • Akal kerana mengeluarkan fikiran dan kira bicara dan setengah daripada mereka menamakannya sebagai;
  • Nafsu kerana angkuh dan dholim dan setengah menamakannya sebagai;
  • Qalbu kerana bertukar berbolak-balik sekali berhadap kepada Allah; sekali berhadap kepada dunia.
Adalah diri yang dhohir dan yang batin terdiri padanya tiga perkara iaitu;
  • Jisim iaitu susunan kulit, daging, tulang. urat, darah, lendir dan sebagainya.
  • Jauhar iaitu Ruh atau nyawa
  • 'Aradh iaitu kelakuan dan rupa pandangan seperti panjang, pendek, tinggi, rendah, putih, hitam, bertemu, bercerai, baik, jahat dan sebagainya.
2. Membuat bandingan dan ukuran
Kejadian tubuh jasmani manusia itu mempunyai beberapa hikmah dan rahsia yang menyamai rahsia kejadian langit dan bumi. maka eloklah penulis cuba memberi gambaran perumpamaan dengan serba ringkas dalam Ilmu Tasrikh iaitu ilmu kejadian manusia.
  • Bahawa manusia mempunyai 360 tulang yang menyamai dengan 360 darjah pada bulatan bumi.
  • Manusia juga mempunyai 17 sendi yang besar-besar kerana lazim manusia jaga pada tiapa-tiap sehari semalam tujuh belas jam iaitu 3 jam pada awal malam dan 2 jam pada awal siang dan 12 jam pada masa siang. Maka dalam 17 jam inilah gerak-geri anggota yang 17 sendi itu melakukan kebajikan atau kejahatan; maka diwajibkan dan difardukan ke atas manusia mengerjakan sembahyang lima waktu dalam sehari semalam sebanyak 17 rekaat.
  • Urat-urat besar dalam badan manusia berjumlah 12 urat iaitu jadi ibarat 12 bulan setahun dan 12 jam pada siang dan 12 jam pada malam.
  • Dikatakan juga bilangan rambut manusia ada sebanyak 124 000 iaitu supaya mengingatkan bagi kita bilangan Nabi-nabi yang diikhtilafkan ulama sebanyak 124 000 orang dan banyak lagi rahsia-rahsia kejadian tubuh manusia yang sengaja ditinggalkan.
Gelap bercahaya
Gelap bercahaya
Pendek cakapnya tidak ada satu kejadian yang boleh menyamai dengan kejadian manusia pada nisbah elok dan baik perdiriannya dan mulia keadaannya dan tinggi darjatnya jika hendak dibandingkan dengan kejadian-kejadian yang lain seperti firman Allah dalam Surat Al-Tin;4 yang bermaksud;
"Demi sesungguhnya kami jadikan manusia itu seelok-elok kejadian"
dan tidak ada satu kejadian yang diperintah oleh Allah Taala kepada malaikat supaya memberi hormat dan tahiyat melainkan manusia(Adam) dan juga menyebabkan syaitan dimurkai oleh Allah dan dikutuk akan dia kerana ingkar pada perintah Allah yang diperintahkan kepadanya supaya memberi hormat dan tahiyat kepada manusia(Adam). Dijadikan sekelian perkara ini untuk manusia dan dilengkapi pada manusia sifat Ma’ani yang tujuh kerana tempat menerima Asar(bekas) Sifat Ma’ani Qadim yang dinamakan Naskhah Al-Haq.
3. Lemah dan Tertegah
Apabila dimusyahadahkan akan kejadian diri samada diri yang zhohir atau diri yang batin, maka tak sampai akal manusia untuk memikirkannya seperti Ruh, Akal, Nafsu dan Qalbu. Maka sukar hendak memberi gambaran atau takrif yang mensifatkan daripada jenis apa??
Al-Quran memberi pengajaran sebagaimana firman Allah dalam Surah Al Israk;85 yang bermaksud;
"Akan ditanya akan engkau hai Muhammad tentang ruh; Kata olehmu Ruh itu adalah daripada urusan Tuhanku".
Oleh kerana sukar hendak membuat takrif, maka digelar oleh orang-orang ‘Ariffin dengan nama Lathifatul Rabaaniyah.
(Sumber: Perjalanan Suluk)

SAJAK MENGENAL DIRI

ILMU MENGENAL DIRI

Mengenal Diri - Mengenal Allah, IMD, Rahsia Allah

A K U

Kalau engkau mengatakan aku
Artinya engkau dengan Badan diri
Kalau aku menyebut aku
Maka adalah itu aku sendiri

Aku adalah engkau
Akan tetapi engkau bukan aku
Kita adalah dua
Walaupun satu tiada kenyataannya

Dirimu adalah diriku
Badanmu adalah Badan ku
Aku ada padamu


A K U
Mana  Jalanku?

Aku melihat orang berjalan
Dalam pada itu aku pun berjalan
Jalan orang jalan nyata
Jalan ku tidak nyata

Ku lihat orang berjalan di jalannya
Aku pun ikut berjalan besertanya
Dia sampai ditujuannya
Tetapi aku di situ ke situ juga

Manakah yang benar
Jalan orangkah atau jalanku
Kedua duanya benar
Kerana kedua duanya perlu

Bagi orang, jalan ku gelap
Bahkan aku di anggap barang mati
Bagi ku jalan ku tidak gelap
Hanya orang yang tak mau mengerti

Bagiku jalan orang jalan nyata
Jalanku jalan tidak nyata
Satu sama lain berbeda
Jalan aku dan jalannya

Orang berjalan di jalanraya
Jalan bikinan tangan manusia
Naik mobil, kereta api, kapal laut dan udara
Bagiku itu namanya menumpang dijalannya

Namun aku, walau dimana saja
Di lautan, di daratan
Dan di udara
Namun jalanku tidak ku lupakan


Dia  dan  aku

Dia berjalan aku pun berjalan
Kami bertemu di perjalanan
Sama sama berjalan
tetapi berlainan arah tujuan

Dia di kiri aku di kanan
Dia di luar aku di dalam
Dia berhenti aku pun berhenti berjalan
Seiring bertukar jalan.

Dia ingin hendak menemui aku
Di perjalanan kami bertemu
Dalam berjalan dia melihat aku
Di waktu dia berhenti maka hilang lah aku

Wahai insan yang hendak mencari aku
Aku selalu berada besertamu
Aku jauh dalam tangkapan mu
Pada hal aku sangat dekan padamu


Engkau  dan  Aku

Kalau engkau hendak menemui aku
Turutilah jalan ku jangan jalanmu
Jalanmu jalan nyata
Jalan ku jalan rasa

Berjalanlah engkau pada jalanmu
Dan aku akan berjalan pula pada jalanku
Ushakan kita sejalan, engkau dan aku
Supaya tercapai yang di tuju

Kalau engkau mengatakan kita sejalan
Engkau harus dapat membuktikan
Bukti yang dimaksudkan
Ialah kesanggupan untuk menurutkan.

Engkau mempunyai keinginan
Aku mempunyai kesanggupan
Engkau  di luar aku di dalam
Tempat mu di kiri aku di kanan

Berjalanlah engkau pada jalanmu
Untuk menjumpai aku lebih dahulu
Dalam perjalanan kita bertemu
Engkau dan aku

Aku yang engkau jumpai diperjalanan
Tidak akan engkau perdapat, kalau engkau tak bukar haluan
Kerana disaat itu aku keluar engkau ke dalam
Dan untuk mendapat aku, jalanku yang akan di turutkan

Berjalan pada jalanku
Berarti engkau besertaku
Dengan jalan itu engkau akan dapat mengenal aku
Aku yang selama ini terahsia bagi mu.


Engkau – Dia – dan  Aku

Dia dan engkau bukan lah aku
Engkau dan dia sama bagiku
Sama sama hidup beserta aku
Yang selalu mendampingi ku

Satu di kiri satu di kanan
Masing masing melakukan tugas kewajipan
Biar siang atau pun malam
Selagi Hayat dikandung badan

Engkau yang selalu kekurangan
Berdampingan dengan dia yang berkelebihan
Dengan aku sebagai perantaraan
Untuk cukup mencukupkan

Engkau adalah tangan kiriku
Dia adalah tangan kananku
Aku adalah otakmu
Yang merencanakan segala sesuatu

Engkau pelaksana
Dia tenaga
Aku perencana
Satu sama lain kerjasama
 

Engkau – Dia – Aku dan Saya

Padaku ada engkau dan dia
Padamua ada aku dan saya
Aku engkau dan dia
Tinggal bersama saya

Saya adalah seorang manusia
Aku terkandung dalamnya
Dia adalah seorang hamba
Hamba si pengembara

Maka adalah saya
Terdiri dari engkau aku dan dia
Satu, tetapi sebenarnya tiga
Kalau dipelajari sampai ke dalamnya

Begitulah pemecahanku
Mempelajari akan keadaanku
Pemecahan yang menghadilkan pemisahan
Antara diri dan badan


Pemecahanku

Dalam perjalanan ku untuk mengenal diri
Aku melakukan pemecahan sendiri
Dengan tidak menghiraukan petang dan pagi
Asal tercapai maksud di hati

Maksud hati hendak mencari diri
Diri yang berdiri sendiri
Yang amat erat hubungan dengan peribadi
Yang orang mengatakan nya “suci”

Telah lama aku berjalan
Pagi petang siang dan malam
Suatu perjalanan yang ku lakukan
Dengan gerak dan menggerakkan

Gerak datang dari aku, yang menggerakkan dia
Yang bergerak ialah saya
Suatu pemecahan satu jadi tiga
Yang menghasilkan pemisahan antara aku dan dia

Yang bergerak saya
Termasuk aku dan dia
Aku yang memisahkannya
Yang telah dapat memisahkan antara badan dan dia
Aku dengan badanku nyata aku dengan diriku tidak nyata
Badan dapat diraba
Diri hanya dapat dirasa

Rahsia diri ialah rahsiaku
Peristiwa diri ialah peristiwa aku
Badan diri dan aku
Bunyinya tiga, nyatanya Satu

Nyatanya aku satu
Aku badan dan diriku
Keluar bersatu padu
Ke dalam banyak orang belum tahu

Aku dengan badan ku positif nyata
Aku dengan diriku negatif tidak nyata
Samakah aku yang nyata
 Dengan aku yang tidak nyata
Aku dengan kenyataan ku jadi manusia
Aku dengan ketidak nyataku berada di dalamnya
Di alam fikiran tempat aku yang pertama
Di alam perasaan tempat aku yang kedua

Ketahuilah oleh mu wahai insan
Aku yang pertama ialah aku yang di hidupkan
Aku yang kedua ialah aku yang menghidupkan
Yang mana yang benar, cuba fikirkan


Siapa aku

Aku yang dihidupkan jadi seorang manusia
Aku yang menghidupkan adalah seorang hamba
Bertugas sebagai si pengembara
Mengaliri seluruh batang tubuhnya

Mula pertama manusia diciptakan
Dari tanah dijadikan badan
“Aku tiup "Roh" ku” katanya Tuhan
Oleh kerananya timbullah hamba kemudian

Hamba yang timbul kemudian
Berjalan mengaliri seluruh badan
Tiada henti hentinya pagi petang, siang dan malam
Melakukan tugas kewajipan

Kewajipan ialah menghidupkan
Oleh kerana itu makanya hamba ku berjalan
Berjalan menurut aliran
Selagi hayat dikandung badan

Dengan demikian teranglah sudah
Perjalanan seorang hamba Allah
Dan aku adalah:
Kata Tuhan “"Roh" ku”, kata ku: “rohullah”

BAPAK BAGINDA MOKHTAR

ILMU MENGENAL DIRI

Mengenal Diri - Mengenal Allah, IMD, Rahsia Allah



SEJARAH  BAPAK  DR.  BAGINDO  MUCHTAR
(BBM)

Muchtar bin Uddin atau lebih dikenali sebagai Bapak Dr. Bagindo Muchtar, Ph.D. adalah pengasas (founder) Ilmu Mengenal Diri. Rujukan utama kepada pengetahuan Mengenal Diri yang beliau pelopori terkandung di dalam buku beliau yang bertajuk 'Diriku Yang Kukenal.' Buku ini adalah tesis yang melayakkan beliau untuk dianugerahkan ijazah kedoktoran (PhD) oleh St. Olav Academy, Perancis.

Bapak Dr. Bagindo Muchtar dilahirkan pada tahun 1916 di Pariaman, Padang, Sumatra. Ayahnya seorang dukun yang terkenal di daerah Pariaman dan seperti lain-lain dukun tradisional Melayu, beliau menggunakan serapah jampi dan mantera dalam upacara pengubatannya. Dalam tesisnya Bapak Dr Bagindo Muchtar merakamkan bahawa beliau pernah dijadikan anak angkat "oleh seseorang yang kemasukan untuk mendapat benda atau untuk keperluan sesuatu". Nyatalah bahawa sejak zaman kanak-kanak lagi beliau sudah terdedah kepada suasana mistik dan kebatinan, justeru tidak menghairankan juga jikalau Bapak Dr Bagindo Muchtar ikut tertarik kepada hal-hal kebatinan.
Bapak Dr. Bagindo Muchtar menjadi seorang anak yatim sejak kecil lagi. Beliau mempunyai bapa tiri (apabila ibunya menikah lagi) yang menurut beliau sendiri "boleh dikatakan sayang tidak, benci pun tidak". Ibunya bagaimanapun sangat menyayangi beliau, kerana beliaulah anak lelaki yang sulung dan kepadanya terletak harapan di hari-hari tuanya. Bapak Dr Bagindo Muchtar mempunyai seorang adik kandung lelaki dan seorang adik perempuan dari lain bapa. Pada ketika iktisar ini ditulis, adik perempuannya tinggal di luar kota Jakarta. Sungguhpun demikian, ibunya yang dikasihi telah pulang ke Rahmatullah sebelum sempat beliau memenuhi segala harapan dan cita-citanya.
Pada tahun 1935, iaitu ketika berusia 19 tahun dan baru tamat sekolah Belanda (IH), beliau telah merantau keluar dari daerah Padang. Destinasi pertamanya ialah Jambi dan di sana beliau bekerja sebagai kerani di sebuah syarikat minyak. Peningkatan dalam bidang pekerjaannya sangat mendadak sehingga dalam tempoh yang singkat ditukar ke bahagian carigali minyak di tengah hutan belantara Jambi. Sungguhpun begitu, kiriman wang kepada ibunya saban bulan tidak pernah putus.
Pada tahun 1938 beliau diijabkabulkan dengan anak pamannya (bapa saudaranya) yang bernama Nurmali Syamsudin dan mereka dikurniakan tiga orang anak yang kesemuanya perempuan; yang sulung Hajjah Elly Salam Ghani, Hajjah Mulyati Djonhar yang tengah dan Suryati Muchtar yang bongsu.
Dari Jambi Bapak Dr. Bagindo Muchtar dan keluarganya berpindah ke Palembang dan bekerja dengan Bata Shell Petrolium Maskapai (BPM). Setelah kira-kira 20 tahun bekerja di Palembang, satu peristiwa aneh telah berlaku ke atas dirinya; ada suara menyuruh beliau berhenti kerja. Suara itu berturut-turut datangnya hingga ke beberapa hari, lantas menimbulkan tanda tanya, apa maksud kesemua ini?
Kejadian aneh itu direnung, ditenung dan ditimbang, sehingga beliau memutuskan untuk berhenti kerja. Kali pertama beliau menemui majikannya untuk minta berhenti kerja, permohonannya ditolak begitu sahaja dengan alasan bahawa tenaganya masih diperlukan. Dicuba lagi kali kedua, namum ditolak juga dengan alasan yang sama. Sampai satu ketika beliau memperolehi akal untuk mendapatkan surat doctor bagi ‘mengesahkan’ bahawa beliau sakit dan tidak boleh berkerja lagi. Dengan surat pengesahan itu, permohonan beliau untuk berhenti kerja diterima dan diberi pula ganjaran (gratuity) yang agak lumayan oleh majikannya. Dengan wang ganjaran berkenaan beliau bersama keluarganya pindah ke Jakarta dengan tujuan untuk membeli sebuah rumah dan dengan wang selebihnya pula beliau mahu berdagang. Beliau mendapati bahawa kota Jakarta tidak sesuai baginya, lalu terus ke Bogor. Bogor memikat hatinya, apa lagi dengan suasananya yang aman, udaranya yang nyaman dan tenteram pula. Cita-cita membeli sebuah rumah untuk keluarganya tercapai di Bogor. Meskipun baki wang ganjaran itu tidak banyak, beliau masih boleh jadikan wang untuk berdagang.
Kehendak dari kita, namun ketentuan hanya dari Tuhan. Di Bogor beliau menghadapi cubaan yang sangat berat, iaitu apabila isterinya (Ibu Nurmila Syamsudin) jatuh sakit dan kemudian meninggal dunia “akibat dari buatan ahli keluarga isterinya sendiri dengan dibantu oleh seorang dukun; katanya mengubat akan tetapi kenyataanya tambah memperdalamkan penyakitnya”. Isteri dikasihi dan dicintainya, yang banyak tahu dan mengerti padanya, dan yang telah bergaul sebagai suami isteri kira-kira 17 tahun, dengan suka duka mereka lalui bersama, meninggal pada hari Isnin 27 Februari 1955. Dicatatkan oleh Bapak Dr. Bagindo Muchtar bahawa sebenarnya rencana dari pihak ahli isterinya itu adalah terhadap badan dirinya dengan tujuan untuk dapat menguasai apa yang ada padanya. Mereka mengsyaki beliau memiliki banyak harta simpanan seperti emas dan sebagainya. Namun begitulah, beliau sendiri yang dituju, isteri tercinta pula yang jadi mangsa tak berdosa.
Setelah isterinya meninggal, timbul pula tuduhan terhadap dirinya bahawa beliau adalah punca isterinya jatuh sakit dan meninggal dunia. Malah diperkatakan pula bahawa beliau sendiri membunuh isterinya. Keterangan-keterangan daripadanya tidak diendahkan oleh masyarakat sekeliling, bahkan adik kandungnya sendiri tidak memihak kepadanya. Dalam thesis Bapak Dr. Bagindo Muchtar mencatatkan “… kerana telah terlebih dulu dikuasai dan dipengaruhi oleh pihak dukun dan ahli keluarga isterinya.” Tambah Bapak lagi “… beliau dihukum tanpa diadili, tidak bersalah dikatakan bersalah, kemerdekaan dirampas dan harta-benda yang tak seberapa dikuasai pula.”

Tubuhnya pada waktu itu sangat letih dan lemah kerana menghadapi peristiwa yang berlaku terhadap badan dirinya dan isterinya; berjaga-jaga siang dan malam, menangkis segala macam serangan yang datang. Dikala itu beliau berasa seolah-olah ada yang mendampinginya, iaitu yang ghaib melindunginya untuk bisa bertahan bagi menghindar hal-hal yang tidak baik terhadap badan dirinya. Malah dikala itu juga, beliau berasa hubungannya dengan Tuhan sungguh dekat, kerana ingatan serta pasrah semata-mata kepada-Nya. Pada waktu itu beliau hanya bertekad mahu menuntut keadilan. Namun keadilan itu tidak mungkin diperolehi dari masyarakat. Beliau tidak mengadu hal yang berlaku kepada pihak polis, kerana semua hal tidak mempunyai bukti yang nyata. Justeru, beliau bertekad mencari Tuhan semata-mata hendak menemui-Nya untuk memohon keadilan. Hanya itulah tujuannya waktu itu; menemui Tuhan untuk minta diadili, memohon keadilan semata-mata.
Sesudah selesai sembahyang maghrib pada satu malam Jumaat, beliau menadah tangan memohon keadilan kepada Allah s.w.t. Itulah usahanya memohon keadilan, seperti yang sudah sekian lama dilakukannya; berdoa kepada Tuhan semata-mata. Namun pada malam Jumaat itu, dia berasa tangannya seperti dikuasai oleh sesuatu denyut rasa yang aneh lalu kedua-dua belah tangannya bergerak, bergerak, bergerak dan bergerak. Beliau tidak dapat menguasai (control) pergerakan itu, lalu dituruti pergerakan tangannya, sambil melafazkan “Lailaha il-Allah” dengan penuh kehairanan. Kejadian yang sama berulang-ulang pada malam kedua dan ketiga, malah beliau mula bercakap sendirian ketika ‘bergerak’. Dan beliau menyedari bahawa tenaganya mulai pulih, kesihatannya semakin baik dan fikirannya semakin mantap. Apabila beliau dapati surat-surat penting seperti hakmilik rumah, barang-barang perhiasan, pakaian dan lain-lain barang berharga sudah tiada di almari, beliau mulai bertindak. Dengan perantaraan seorang sahabatnya, beliau minta disampaikan supaya kesemua barang-barang miliknya dikembalikan dalam waktu yang singkat. Malah beliau memberi amaran jikalau itu gagal dilakukan, beliau akan membawa persoalan ini kepada pihak polis. Alhamdulillah. Pihak yang ‘memindahkan’ barang-barang berkenaan dari orang-orang tertentu telah bertindak memulangkan, meskipun tidak kesemuanya. Namun, perasaan tidak puas masih menyelubungi hatinya yang mahu kepastian dari seseorang yang lebih tahu mengenai peristiwa yang telah beliau hadapi; iaitu siapa yang benar dan siapa pula yang bersalah.
Seorang jiran menganjurkan supaya beliau menemui seorang ulama besar di Jawa Barat, yang sering didatangi orang dan pembesar-pembesar, pun tidak ketinggalan alim ulama dan konon khabarnya satu-satunya ahli falak yang terpandai dan ternama di Indonesia. Beliau diberitahu oleh ulama berkenaan bahawa dalam perkara itu memanglah beliau di pihak yang benar dan pihak yang melakukan kerja jahat (dalam kes almarhum isterinya) adalah ahlinya sendiri.

Sejak itu mulailah ada ketenangan dalam hatinya, namun rasa ingin membuktikan kebenarannya tatap masih terkesan dihatinya. Bersama anak-anaknya beliau pulang ke kampung halaman iaitu di Pariaman, Padang. Namun puteri-puterinya yang masih kecil sering pula bertanyakan mengenai ibu mereka. Bapak Dr. Bagindo Muchtar tidak sampai hati mendengar pertanyaan-pertanyaan anak-anaknya yang masih kecil, lalu memutuskan untuk menikah lagi iaitu dengan Ibu Hajjah Hasnah. Ibu Hasnah bagaimanapun tidak mempunyai anak dengan Bapak Dr. Bagindo Muchtar.
Sesudah sebulan bernikah, Bapak Dr. Bagindo Muchtar mengambil keputusan untuk merantau bersama-sama dengan Ibu Hajjah Hasnah dan ketiga-tiga orang puterinya. Kali ini mereka sekeluarga pergi ke Jambi. Di Jambi, Bapak bekerja disebuah syarikat carigali minyak. Seorang teman sejawatnya telah meminta pertolongan Bapak untuk mengubat isterinya yang sakit sudah hampir dua tahun lamanya; sakitnya akibat perbuatan jahat. Pada temannya itu dia melihat kembali peristiwa yang pernah dialaminya sendiri. Beliau berasa sedih lalu memberi pertolongan kepada isteri temannya. Sesudah satu bulan, dengan izin Allah, isteri temannya kembali pulih seperti biasa. Beliau bagaimanapun menasihati temannya supaya meninggalkan Jambi, kerana temannya punya banyak musuh di Jambi. Justeru menghindar adalah lebih baik, Bapak sekeluarga dan temannya itu berpindah ke Medan. Di Medan temannya tinggal di rumah keluarganya sendiri, sementara Bapak sekeluarga pula tinggal di rumah keluarganya sendiri.

Di Medan, nama beliau mulai disebut-sebut orang, khususnya dalam bidang tolong-menolong, sosial atau di bidang perubatan. Tidak berapa lama di Medan, peristiwa ghaib yang beliau alami semasa di Bogor sewaktu isterinya baru meninggal dialami kembali. Beliau mulai bercakap-cakap bersendirian dan tidak mahu makan, malah minum kopi hanya seteguk sahaja. Apa yang diperlakukan orang terhadap badan dirinya diceritakan kesemuanya, sampai keluarganya di Medan menganggap beliau sudah tidak siuman lagi. Namun, kejadian-kejadian pelik itu juga menyebabkan beliau mula dikenal oleh bomoh-bomoh, pawang-pawang, orang-orang kebatinan dan sebagainya. Tidak kurang juga ada yang mencuba atau menguji dengan ilmu atau kepandaian masing-masing. Tetapi Alhamdulillah, dengan izin Allah, cubaan, ujian atau dugaan mereka tidak menjejaskan, malah ‘tenaga ghaib’ anugerah Allah itu dapat diketahuinya dengan lebih mendalam. Namanya terus jadi sebutan masyarakat sekeliling, malah mereka tidak lagi mendatangi bomoh atau pawang di daerah itu. Sebaliknya mereka datang kepada beliau. Hal ini tentulah menimbulkan rasa tidak senang dan iri hati bomoh dan pawang di daerah itu terhadapnya.
Bapak Dr. Bagindo Muchtar bagaimanapun tidak duduk di rumah sahaja, tetapi mengembara dari satu daerah ke satu daerah di seluruh pulau Sumatera; ke Palembang, Siantar, Tebing Tinggi, Pelabuhan Miri, malah ke seluruh daerah atau jajahannya. Apabila kembali ke Medan, beliau melapangkan masa menemui orang-orang yang datang meminta tolong, sementara pada malam harinya pula dikhaskan untuk membimbing, memberi kuliah, berjalan bersama-sama dengan murid-muridnya. Sejak itu beliau dikenali di Medan sebagai ahli sarjana atau ahli ilmu tasawuf.

Setelah dua tahun di Medan beliau sekeluarga berpindah ke Padang. Kira-kira dua bulan di Padang, beliau pindah pula ke Palembang. Disana beliau terus mengajar dan memberi pimpinan kepada orang-orang yang berminat dengan ilmunya. Di sinilah (kira-kira tahun 1958) beliau mula menulis/mengarang bukunya ‘Diriku Yang Kukenal.’ (Penulisan buku ini tamat kira-kira 10 atau 11 tahun kemudian dan dikemukakan ke St. Olav’s Academy, Perancis, sebagai tesis untuk melayakkannya memperolehi ijazah ‘Doctor of Philosophy’ yang diterimanya pada hari sabtu 12 Jun 1971)

Beliau masuk ke Singapura pada tahun 1960 dengan perantara Nasir Adnin dan pada kali keduanya ke Singapura beliau bersama Nasir masuk ke Malaysia (Tanah Melayu) melalui Johor Bahru dan kemudian terus ke Melaka, Kuala Lumpur dan lain-lain. Apabila berlaku konfrantasi Malaysia-Indonesia pada tahun 1963, beliau yang ketika itu berada di Malaysia terpaksa balik ke Indonesia bersama Nasir melalui jalan darat dari Sabak Bernam ke Kelantan, Golok, Narathiwat dan terus ke Bangkok. Dari Bangkok mereka menaiki kapal membawa beras ke Jakarta.

Apabila konfrantasi berakhir pada tahun 1966, beliau bersama Nasir datang semula ke Singapura dan Malaysia. Sejak itu Bapak semakin kerap datang ke kedua-dua negara berkenaan secara bersendirian. Namun, pada pertengahan 1971, beliau dilarang masuk ke Singapura. Beberapa orang ‘anak didik’ Bapak Dr. Bagindo Muchtar sendiri dikatakan telah membuat laporan yang menyebabkan pihak Imigresen mengambil ketetapan untuk melarang kemasukan beliau ke negara berkenaan.
Pada tahun 1972, beliau sekeluarga pindah ke Jakarta dan sering berulang-alik ke Malaysia, apatahlagi semasa suami kepada anak yang sulung, Haji Salam Ghani berkhidmat di Kedutaan Indonesia di Kuala Lumpur. Pada tahun 1973, iaitu ketika dalam siri lawatan ke Malaysia dan sewaktu mahu berangkat pulang ke Jakarta, beliau mengalami muntah darah. Keberangkatan pulang dibatalkan dan beliau dimasukkan ke Hospital Besar Kuala Lumpur oleh anak dan menantunya Haji Salam Ghani. Beliau kemudian dipindahkan dari rumah Hospital Besar Kuala Lumpur ke Hospital Lady Templer, Cheras. Beliau tinggal di hospital berkenaan selama dua bulan. Walaupun dibenarkan pulang ke Indonesia, beliau sering datang ke Kuala Lumpur untuk mengambil ubat dan menemui orang-orang kepercayaannya iaitu Haji Kamarudin Amin, Haji Jamil Samad, Mejar (B) Haji Abdul Rahman Ibrahim.
Pada tahun 1975, beliau ke Malaysia dalam rencana lawatan selama dua bulan. Namun baru sebulan sahaja berada di Malaysia, beliau mengambil keputusan untuk kembali ke Jakarta. Sekembalinya dari lawatan itu, beliau jatuh sakit, tetapi masih berhasrat untuk ke Malaysia semula. Pada malam hari raya Aidilfitri beliau mulai payah bernafas dan pada keesokkan harinya dimasukkan ke rumah sakit. Beliau ditempatkan di wad jantung selama dua hari. Pada hari Jumaat 10 Oktober (jam 04.00 pagi waktu Jakarta), dihadapan isteri keduanya Ibu Hajjah Hasnah, ketiga-tiga puterinya, menantunya Haji Abdul Salam Ghani dan seorang anak didiknya bernama Ibu Yasmimar Alwi, Bapak Dr. Bagindo Muchtar pulang ke Rahmatullah.
   Biodata ini dipetik dari Koleksi Kuliah Edisi 2003 Pulau Pinang oleh Mejar (B) Haji Abdul Rahman Ibrahim (Allahyarham)

ILMU MENGENAL DIRI

Mengenal Diri - Mengenal Allah, IMD, Rahsia Allah

KAEDAH PEMBELAJARAN


KAEDAH PEMBELAJARAN

Saperti yang telah di terangkan pada peringkat awalnya, Untuk mengenal Diri Sebenar diri, Diri itu haruslah di lahirkan atau pun di buka jalan bagi nya, yang akan kita dapat rasakan dan ini di lakukan dengan duduk dengan tenang di hadapan orang (Guru) yang akan membukakan pintu bagi  Diri Sebenar Diri itu. Dan dengan zikir dan matikan segala pergerakan zahir, insyaallah akan lahirlah Pancaran Diri Sebenar Dira yang di cari itu. Masa yang di ambil untuk melahirkan Diri ini bergantung pada pelajar itu sendiri,  ada yang kalau di izinkan Allah hanya mengambil masa 15 minit (untuk membuka nya) sahaja dan ada juga yang lebih lama (hingga 45 minit) dalam proses ini.

Hanya mereka mereka yang telah terbuka sahaja dapat menceritakan bagaimanakah rasa dan perasaan Diri sebenar Diri itu.

Harus diingat tidak ada unsur sihir dan lain lain yang Haram di sisi Syarak yang dilakukan, Hanya zikir dan Mengucap dua kalimah syahadah. Selebihnya penyerahan diri kepada Allah semata semata.

Bagaiman dengan Maharnya? yang  juga di panggil upah bidan dan amalan ini telah di amalkan sejak dari awal perkembangan ilmu ini lagi iaitu pembayaran nya mengikut harga timbangan emas, ia itu  1 mayam emas.

Tetapi ramai dari orang sekarang tidak tahu akan nilai 1 Mayam emas ini:

1 Mayam emas .... bersamaan dengan 3.4gram.

Mahar nya ialah harga emas seberat 3.4gram

Disamping itu perlu juga Kain putih dan lain lain untuk istiadat Pengijazahan Ilmu Ini.( akan disediakan)


Penting

Ramai yang menghubungi saya dan bertanyakan akan persamaan Ilmu Mengenal Diri ini dengan Ilmu Tenaga Dalam, Rheiki dan lain lain ilmu yang menjanjikan kehebatan Dunia semata mata, dan disini saya nyatakan bahawa Ilmu Mengenal Diri ialah untuk mengenal Allah, sesuai dengan Hadis Nabi yang berbunyi "Barang Siapa Mengenal Diri Nescaya Kenal Dia Akan Tuhannya"

PERINGATAN:

Ramai yang bertanya adakah setelah belajar ilmu ini kita tidak payah lagi mengamalkan syariat. Untuk pengetahuan semua,  Ini adalah satu ilmu pengetahuan, dengan itu syariat tetap syariat dan ilmu ini tidak mengubah sebarang hukum. HARAP  MAKLUM.
(Penulis)



Kalau anda mengalami masaallah harap hubungi saya:
0182420552
TAMAN SERI GOMBAK

ILMU MENGENAL DIRI

Mengenal Diri - Mengenal Allah, IMD, Rahsia Allah

Mengapa Harus Mengenal Diri Sebenar Diri.
Kesimpulannya.
Yang dikatakan "Diri" ini berada di dalam Jasad Kasar kita, dan dialah penghidup jasad di luar. Ada yang memanggil Rohani kepada nya, dan ada lagi macam macam nama untuk nya, tapi bagi kami cukup dengan memanggil nya "Diri"
"Diri" ini datang nya dari Allah dan  menjadi Rahsia nya dan bukan kah kerana Diri ini maka  Jasad di ciptakan??
Kenali lah Diri Mu itu kerana dengan mengenal nya dan berpegang pada nya  dengan sendirinya kita telah mempunyai itu pendirian.yang kukuh berasaskan Diri Sebenar Diri. Berkeyakinan dan akan bertambah keimanan kita kepada Allah Yang Maha Besar, dengan zikir dan mengucap dua kalimah shahadat itu akan menjadi pakaian kita.....insyaallah.
Dengan mengenal Diri Ini dan yang akan kita bawa dalam kehidupan kita, insyaallah seumpama kata  orang orang tua, Dunia diikut, Akhirat di tuntut.

"Diri" ini mempunyai sifat sifat: 
  • Firasat nya amat tinggi.
  • Ilmu nya tak tercapai oleh pemikiran kita.
  • Perbuatan nya di luar jangkaan akal kita.
  • Ia nya bijak kerana datang dari yang Maha Bijak .
  • Kata kata nya beriman.
  • Baik nya bukan kepalang.
  • Bila marah ianya marah marahan.
  • Padanya ada ubat
  • Padanya ada ketenangan
  • Padanya ada kekuatan
Ia adalah pancaran Roh dari dalam jasad dan  menerangi seluruh dalaman jasad sehingga ia menyerupai jasad nya sendiri, dan batas pancaran ini dengan dunia luar hanyalah lapisan kulit kita. Dan pancaran ini juga lah yang berjalan di semua saluran darah dan urat saraf kita. Umpama kabel letrik yang di baluti dengan getah dan terdapat aliran karen di kabel tersebut, tapi di batasi oleh getah yang membalut kabel tersebut.
Mengenal "Diri" ialah dengan merasai karen tersebut dan pancaran nya. dan jika kita mahu kita boleh mengarahkan ia nya berbuat sesuatu dengan kemahuan yang sungguh sungguh.
Tapi yang utama dalam ilmu ini ialah mendapatkan KEREDHAAN ALLAH dengan cara mengenalnya....bukan kah mengenal diri mengenal Allah......Dan tidak dapat dinafikan Pancaran Roh ialah "Diri" dan kedua kedua ini berasal dari sana dan ini lah Rahsia nya.......Rahsia Allah.

Kata kata Peninggalan guru ku
KATA  BERMULA


Anak anak ku sekelian

1.        Ketahuilah oleh mu, resapkan kedadamu, bahawa di bumi Tuhan engkau berpijak dan di bawah lindongan yang Maha Besar engkau berdiri, adalah engkau hidup dan di hidupkan. Dari itu sembahlah Dia, Allah yang Maha Esa dan pohonkanlah segala galanya kepadanya.

2.        Engkau menjadi orang melalui ibu bapa mu, kalau tidak ada ibu dan bapa mu tentu engkau tak akan menjadi manusia, kerana ibu bapa mu manusia. Dari itu sujudlah dan hormatilah dia sedalam dalamnya dan jangan durhaka kepadanya.

3.        Engkau dilahirkan melalui ibumu dan jadilah engkau menjadi anak kandungnya,

Dan dibidang Ilmu Pengetahuan ku, adalah engkau anak ku pula dan adalah aku gurumu, walaupun engkau memanggilkan bapa pada ku.

Sebagai seorang manusia engkau dilahirkan oleh ibumu. Kelahiran mu mendatangkan “Bahagia” pada rasa perasaan ibu bapa mu dan kaum famili mu. Dan di mana letaknya “Bahagia”  mu itu? Engkau membawa bahagia dan bahagia itu ada pada mu, tetapi dimana letaknya? Letak nya ialah pada mu, yaitu ditempatnya. Munkinkah letaknya di luar mu? Tidak munkin, kerana engkau yang membawa nya.

Bahagia ku letak nya pada ku dan bahagia mu letak nya pada mu, aku mengandung bahagia dan engkau mengadung bahagia, Untuk merasakan dan mendapatkan itu bahagia tentu engkau harus melahirkan kandungan mu itu.

Engkau tak tahu. Dalam hal ini , maka aku yang engkau anggap guru mu yang menolong melahirkan kandungan mu itu.

Dan engkau akan merasa “Bahagia” sepanjang masa, kalau engkau tahu dan mengerti dan dapat memahami “Bahagia Mu” yang telah dilahirkan itu.

Kesadaran dan pengertian mu yang mendalam dapat menilai dan menghargai Guru Mu sebagai pembimbing mu memecahkan Rahsia "Diri"  mu sendiri, menuju hidup sepanjang masa, menjelang hidup yang kekal abadi.

 Pelajari lah segala sesuatu nya dengan sesuatu yang ada pada mu dan jagalah adab mu terhadap: Ibu bapa mu sesudah itu Guru mu. Dan Istimewa: Terhadap Tuhan yang mengadakan segala yang ada, yang menjadikan segala yang  di jadikan, Yang mengetahui yang tidak di ketahui oleh apa dan siapa saja, sembahlah Dia dan carilah rahsianya yang terkandung di Badan "Diri" mu, untuk mengenalnya dengan erti yang sebenarnya.

Rabbigefir warham waanta khirurrrahimin……………………………………………………..
“Hai Tuhan ku, ampuni laUh kesalantuk han ku kasehanilah aku, engkau sebaik baik yang mengasehi”

(Bapak Baginda Mukhtar)
                                                                                 Untuk mempelajarinya hubungi saya di 0182420552
                                                                                                             
                                                                                                             OsmanHadi

  s                                                                                                   Pinggiran Batu Caves
Selangor Darul Ehsan
atau
Zakri......Sg Pusu
0133550908
Kamal.......Greenwood
0123029786